Thursday, 21 April 2011

Tiga Abdul

Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.

Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : "dari ibu mentuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu".

Suami & Isteri

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...


i)KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?


ii) Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


iii) Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

iv)Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...


v) Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur
tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! 

Jenis Orang Berdasarkan Kentut... (ada ke?)

Korang suka kentut ye..ade kuat ade pelahan..ade bau ade yang tak bau..hehhehe..jadi korang pilih korang kentut kategori ape..

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

Korang kategori yang maner satu? eheheheh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...